Wednesday, March 14, 2012

Aku Mahu Bahagia Seperti Kalian.Tolong doakan.

Aku mahu BAHAGIA

Cerita seorang sahabat saya

Aku seorang insan lemah yang dilahirkan di dunia yang sementara ini sama seperti orang lain.Makan,minum,mandi,tidur,belajar,bermain,beribadah dan sebagainya.

Aku punyai keluarga sama seperti kalian,punya Ayah,punya Ibu,punya adik beradik.Aku hidup di dunia telah menjangkau 20 tahun.Cukup buatku untuk mengerti apa itu erti bahagia.Tapi bahagia pada diriku bukan seperti bahagia seperti kalian yang mungkin berada dalam keluarga idaman .

Aku datang dari sebuah keluarga yang sederhana.Cukup nafkah makan dan minum.tapi mungkin nafkah batin keimanan aku kurang dapatinya. Barangkali keluargaku tidak seperti keluarga orang lain.
Diriku cukup sedih dan cemburu tatkala melihat sahabat2 ku yang punyai sebuah keluarga yang sangat “bersih” , sangat “sejuk” dan sangat redup mata memandang apatah lagi berada di dalamnya
.
 ( 1.0 ) Bila melihat si Ayah mengajar anaknya solat dan perkara-perkara agama,bonceng anaknya pergi solat jemaah di masjid dan surau dan bawa anak pergi dengar kuliah,ia seolah-olah satu keadaan yang “membelakangkan” aku. Waktu itu jugalah tidak semena-mena aku menangis….
Aku bukan seorang lelaki yang mudah menangis kerana menonton cerita di televisyen,tapi aku menangis tatkala apa yang berlaku di ( 1.0 ) itu membuatkan aku rasa seorang insan yang serba kekurangan dalam hal “itu”.


Aku idamkan seorang ayah yang merupakan seorang anak yang soleh kepada ibu bapanya,seorang ayah yang soleh kepada anaknya,seorang suami yang soleh kepada isterinya dan juga seorang Dai’e  kepada agamanya.
Setiap kali aku menelefon ibu yang merupakan suri rumah sepenuh masa,tiada berita gembira yang mampu “menyenyumkan” aku sepertimana kawan-kawan yang tersenyum selepas bercakap dengan ibunya. Bergaduh, marah , dan seumpamanya menjadi makanan jiwa aku sebagai seorang anak yang merindui sebuah keluarga yang bahagia.


Mungkin ada antara ahli keluargaku yang tidak menitik beratkan kewajipan Solat dan perkara tuntutan yang lain. Tapi aku cuba untuk memberi ubat untukku mengubahnya. Tapi….ya Allah.. L
Begitu sukar tatkala aku perlu hadapi perkara ini hampir 15 tahun. Aku masih percaya dan beriman dengan Quran dan Sunnah yang menjadi nadiku untuk melawan semua ini. Namun kawan-kawan,aku hanyalah manusia seperti kalian,tidak kuat pada satu-satu masa,tidak ada kekuatan pada satu-satu masa. Akan goyah dan rebah tatkala tidak mampu untuk bertahan.


Pernahkah kalian semua mengharapkan supaya ayah kalian tiada di dunia ini? Mesti tidak bukan. Tapi tidak pada saya. Pada satu tahap,dalam tidak sedar dalam tangisan aku tertekan sampaikan sanggup mengatakan alangkah bagus andai ayahku tiada. Bolehlah aku dan keluargaku hidup dalam ikutan yang sebenar.
Astaghfirullah hal azim…


Ampunkan kata-kataku ya Allah. Sedangkan ayahku tidak pernah melupakan untuk memberiku makan dan duit belanja. Tidak pernah ada erti kelaparan dalam keluarga kami. Segala keperluan asas semuanya sempurna. Tapi masih sanggup untuk aku mengatakan demikian. Ampunkan daku ya Allah….


Tapi lebih dari itu kawan-kawan,aku mengharapkan sesuatu yang lebih “mendalam” untuk keluargaku. Mampukah kalian membayangkan adik kalian trauma tatkala melihat ayanhnya? Kerana dia sentiasa dicaci,dimaki dan dikata dengan kata-kata yang kesat sedari kecil hinggalah besar. Tapi itulah yang berlaku dalam keluargaku. Adakah kah ayah dan ibu kalian sentiasa bergaduh? Aku sudah tidak sanggup melihat ibuku memendam rasa terhadap anak-anak, ibuku seorang yang sangat tabah dan penyabar. Walaupun ibuku hanya mampu solat pada waktu tertentu sahaja kerana terkena buatan orang sejak dari umur remaja. Namun , dia berusaha berubat walaupun benda itu terlalu sukar untuk dibuang. Pernahkah kalian hadapi ini? Pernahkah !!! ya Allah……………………………….


Bukan untuk nukil kan cerita ini panjang-panjang,cukuplah sekadar ini sahaja. Namun diriku seakan menjadi lebih kuat untuk menghadapi segala perkara yang menjengukku. Aku bersumpah dengan nama Allah Aza wa jalla bahawasanya tidak akan aku biarkan keluarga ku mencium bau neraka Allah.
Doakan aku sahabat,supaya aku dan keluargaku mendapat nur keimanan dari-NYA. Terima kasih wahai sahabat sekalian. Wallahualam.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. org yg tak merasa mgkn senang berkata2..La takhafu wa la tahzan. inna Allahu maana.

    ReplyDelete