Monday, April 25, 2011

Wanita Dan Rumput Semalu..errr...^_^...analogi jela..


Kawan, nak tahu tak,ada hadith meriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.....

Lepas itu,Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. ( sweet tak..hehehe...) Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.( tu dia....)...

Ok yang pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).





Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.( SANGAT PENTING NIE...)

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Insya-Allah.
~~ DIEDIT DAN DITAMBAH~~ ^__^~~

lagu kesukaan saya ^_^

3 comments:

  1. doakan akhawat sentiasa menjaga maruah dan masih ada rasa malu:)

    ReplyDelete
  2. tapi sayangnya skrg ni makin ramai perempuan yang hilang sifat malu itu -.-

    ReplyDelete
  3. solihah:amin....^_^..

    izzati:petanda akhir ummat Nabi Muhammad..moga kita semua dilindungi NYA...^_^

    ReplyDelete