Wednesday, March 14, 2012

Aku Mahu Bahagia Seperti Kalian.Tolong doakan.

Aku mahu BAHAGIA

Cerita seorang sahabat saya

Aku seorang insan lemah yang dilahirkan di dunia yang sementara ini sama seperti orang lain.Makan,minum,mandi,tidur,belajar,bermain,beribadah dan sebagainya.

Aku punyai keluarga sama seperti kalian,punya Ayah,punya Ibu,punya adik beradik.Aku hidup di dunia telah menjangkau 20 tahun.Cukup buatku untuk mengerti apa itu erti bahagia.Tapi bahagia pada diriku bukan seperti bahagia seperti kalian yang mungkin berada dalam keluarga idaman .

Aku datang dari sebuah keluarga yang sederhana.Cukup nafkah makan dan minum.tapi mungkin nafkah batin keimanan aku kurang dapatinya. Barangkali keluargaku tidak seperti keluarga orang lain.
Diriku cukup sedih dan cemburu tatkala melihat sahabat2 ku yang punyai sebuah keluarga yang sangat “bersih” , sangat “sejuk” dan sangat redup mata memandang apatah lagi berada di dalamnya
.
 ( 1.0 ) Bila melihat si Ayah mengajar anaknya solat dan perkara-perkara agama,bonceng anaknya pergi solat jemaah di masjid dan surau dan bawa anak pergi dengar kuliah,ia seolah-olah satu keadaan yang “membelakangkan” aku. Waktu itu jugalah tidak semena-mena aku menangis….
Aku bukan seorang lelaki yang mudah menangis kerana menonton cerita di televisyen,tapi aku menangis tatkala apa yang berlaku di ( 1.0 ) itu membuatkan aku rasa seorang insan yang serba kekurangan dalam hal “itu”.


Aku idamkan seorang ayah yang merupakan seorang anak yang soleh kepada ibu bapanya,seorang ayah yang soleh kepada anaknya,seorang suami yang soleh kepada isterinya dan juga seorang Dai’e  kepada agamanya.
Setiap kali aku menelefon ibu yang merupakan suri rumah sepenuh masa,tiada berita gembira yang mampu “menyenyumkan” aku sepertimana kawan-kawan yang tersenyum selepas bercakap dengan ibunya. Bergaduh, marah , dan seumpamanya menjadi makanan jiwa aku sebagai seorang anak yang merindui sebuah keluarga yang bahagia.


Mungkin ada antara ahli keluargaku yang tidak menitik beratkan kewajipan Solat dan perkara tuntutan yang lain. Tapi aku cuba untuk memberi ubat untukku mengubahnya. Tapi….ya Allah.. L
Begitu sukar tatkala aku perlu hadapi perkara ini hampir 15 tahun. Aku masih percaya dan beriman dengan Quran dan Sunnah yang menjadi nadiku untuk melawan semua ini. Namun kawan-kawan,aku hanyalah manusia seperti kalian,tidak kuat pada satu-satu masa,tidak ada kekuatan pada satu-satu masa. Akan goyah dan rebah tatkala tidak mampu untuk bertahan.


Pernahkah kalian semua mengharapkan supaya ayah kalian tiada di dunia ini? Mesti tidak bukan. Tapi tidak pada saya. Pada satu tahap,dalam tidak sedar dalam tangisan aku tertekan sampaikan sanggup mengatakan alangkah bagus andai ayahku tiada. Bolehlah aku dan keluargaku hidup dalam ikutan yang sebenar.
Astaghfirullah hal azim…


Ampunkan kata-kataku ya Allah. Sedangkan ayahku tidak pernah melupakan untuk memberiku makan dan duit belanja. Tidak pernah ada erti kelaparan dalam keluarga kami. Segala keperluan asas semuanya sempurna. Tapi masih sanggup untuk aku mengatakan demikian. Ampunkan daku ya Allah….


Tapi lebih dari itu kawan-kawan,aku mengharapkan sesuatu yang lebih “mendalam” untuk keluargaku. Mampukah kalian membayangkan adik kalian trauma tatkala melihat ayanhnya? Kerana dia sentiasa dicaci,dimaki dan dikata dengan kata-kata yang kesat sedari kecil hinggalah besar. Tapi itulah yang berlaku dalam keluargaku. Adakah kah ayah dan ibu kalian sentiasa bergaduh? Aku sudah tidak sanggup melihat ibuku memendam rasa terhadap anak-anak, ibuku seorang yang sangat tabah dan penyabar. Walaupun ibuku hanya mampu solat pada waktu tertentu sahaja kerana terkena buatan orang sejak dari umur remaja. Namun , dia berusaha berubat walaupun benda itu terlalu sukar untuk dibuang. Pernahkah kalian hadapi ini? Pernahkah !!! ya Allah……………………………….


Bukan untuk nukil kan cerita ini panjang-panjang,cukuplah sekadar ini sahaja. Namun diriku seakan menjadi lebih kuat untuk menghadapi segala perkara yang menjengukku. Aku bersumpah dengan nama Allah Aza wa jalla bahawasanya tidak akan aku biarkan keluarga ku mencium bau neraka Allah.
Doakan aku sahabat,supaya aku dan keluargaku mendapat nur keimanan dari-NYA. Terima kasih wahai sahabat sekalian. Wallahualam.

Monday, November 14, 2011

Tensionlah dgn Assigment,exam lagi..asyik2 asggment!! grrrr !!! x boleh aku nk enjoy skit duk kampus nie!!!



Jap3!!! Sebelom korang bace,silalah loading music ni dulu ye coz sy nk kamu sume bace dan hayati betol2 skali ngn muzik ni..:P .. saje amek mood...




Assalamualaikum dan salah sejahtera.Salam perpaduan kaum dari sy.^^

Mesti pelik tajuk entry di atas kan???( DIPENDEKKAN CERITA )...asal plak tension campus life ni kan.Dgn byk assgment lah , exam lah , apelaah , itulah , inilah , karenah lecturer lahh ...anything bout "laaah" lah. ( bape byk kali lah daaa ).

Ok, pada kali ni sy just mengisi sedikit mase terluang utk menulis berkenaan dgn majoriti mahasiswa yg kadang-kadang asyik mengeluh sebab byk assgment .Ade yg cakap " aduuhh,asgment lagi,mampossla cmni" -- final da dekat,alangkah best kalau final xde!!!benci exam!!! " and e.t.c.




UNIMAS Tercintaku

Betol x? sebab sy pon kadang2 berperilakuan mcm tu jugak.huhuhu.Yes, sy mengaku.Yelahh,tension gak kadang2 kan.Dala asyik makan " cacing perut " je.Makan plak makanan kat cafe yg ntah pape,same je.Dala xsedap,muak dan segala pelbagaila.Duit lagi kene jimat dan bajet2.Kalau x , makan megi la pagi petang siang malam smpai subuh.Pastu fakulti plak jauh dari bilik.Lagi tension bagi mereka yg tinggal outside dari campus.
sampaikan kadang2 smpai dorang ckp kat kampus mcm ni haaa..."me tumse nafrat kartihu campus!! " ( aku benci kamu campus !!! ) Huhuhu.Main terjemah cm tu je hindi.Saya yakin dan percaya ada di antara kita yg ckp mcm tu kan.Kalau xde,ok, kalau ade pon ok jugak.:P

(DIPENDEKKAN CERITA)....


Ok,ape yg sebenarnye yg cube sy nak smpaikan adalah:baru2 ni , selepas UNIMAS ( Universiti Malaysia Sarawak ) tempat sy menuntut ilmu , tamat majlis Konvokesyen , sy nampak ramai sgt3 senior2 yg dah GRAD post gambar dorang kat FB ni dgn kemanisan senyuman yg sy lihat penuh bermakna bagi mereka dan terharu dan sayu bile melihat ibu bapa yg hadir , sanggup bermandi peluh ( mmg sgt2 sayu ) bagi meraikan putera dan puteri mereka memegang segulung ijazah yg ditunggu2 selama ni.Alhamdulillah.

Dan ape yg tergerak di hati sy ialah,bile tgok bekas senior2 kita sume ni asyik post kt wall FB.Bunyinya mcm nie ~~~ " rindunya campus life" " weii,jom dtg bilik aku wat asgment ( teringat kenangan )" " campus life adalah paling terindah" etc....rase diri sy plak yg terharu bile dgr dorang ckp cmtu.Sebab ape? sebab sy tau kite sume yg masih ade peluang berada di campus bersama sahabat2 tercinta yg tida gantinye satu hari akan kita tinggalkan segala2nya.:-(...

DIPENDEKKAN CERITA ~~~

Jadi,kawan2...pesanan utk diri saya dan juga kawan2 semua supaya hargailah kehidupan dan duri ranjau kite di Universiti ni.Life campus bg sy adalah sgt3 dan tersangat seronok.Byk perkara kite boleh buat terutamanya bersama2 dgn kawan2 kite yg cute dan baik hati.Janganlah kite terlalu byk merungut , mencari alasan , berhasad dengki , bergaduh , berkelahi , mengumpat , benci-membenci dan segala ape yg tidak baik.

Jadi ... sy mohon , lepas kawan2 sume habis bace entry sy,sy nak anda sume pergi jumpe , col , mesej , inbox FB , post di wall , twitter , skype ,YM dan mengatakan  yg anda sume SAYANGKAN mereka ibarat adik-beradik,cakap , aku sebenarnya sygkan kau dan da anggap kau nie mcm adik beradik aku.....please, lakukan ini kawan2...sementara kite masih sempat...:-(.................


InsyaAllah lepas anda lakukan semua tu,anda akan rase sesuatu dalam hati anda.Jgn lupe lepas anda berjaya ckp mcm tadi pada kawan2 anda , sy mohon silalh mesej sy di tepi  belah kanan supaya sy tahu anda semua sahabat2 yg baik..kata2 anda juga adalah motivasi bagi sy.....sekian terima kasih....sy syg dan cintakan sahabat2 sy......
Assalamualaikum....

Monday, November 7, 2011

Apesal ngan Lagu Melayu skrang ni ?? so typical !!! sempoi la matlutfi :P

Assalamualaikum ..... Salam sejahtera.

Ok, pada kali ni sy nk bercakap ataupun " menyebok" nk menyentuh ttg fenomena lagu2 melayu yg tumbuh mcm cendawan di tgh ujan yg sgt lebat sambil diiringi dgn petir dan kilat yg sabung menyabung.

Orait , korang sume perasan tak> ataupun buat2 xperasan ?? lagu melayu sekarang..so typical.Mmgla sume lagu berkenaan dgn cinta kan?? tapi cube tgok lirik2 lagu tersebut..aduhai, asenye kalau Dato' A.Samad Said bace....mesti die ckp, " hangpa ingat lirik lagu yg hangpa cipta tu puitis dan romantis sgt ke? "...haha.. sume menyentuh ttg CINTA dan dgn lirik yg merapu dan ntah pape.Sorry to say la kawan.Sy sdiri menyampah...once again ...MENYAMPAH kebanyakan lagu2 melayu skang.Tak kesahla KRU yg cipta ke, Aizat ke , atau "hasbullah awang " ke.Yang pasti terlalu mual dan muak dan geli dan mengarut bile faham betol2 lirik dalam lagu tersebut.

Bukan nak kate lagu english tu x mengarut 2 kali 5 sama dgn 10 je.Yg sy nk tekankan di sini, lagu2 ni adalah ibarat PIL ESTACY yang MENGKHAYALKAN minda kita sebenarnya.Same goes to novel2 cintan cintun " cintaku di tepi perigi " la apelaaa..Sumenye mengkhayalkan minda kite utk seketika waktu.Yg lebih kritikalnye , sampai terbawa2 dalam mimpi.Aduhai kesiannya masyarakat skang nie dihantui dan hidup membesar dgn hal2 yg mengarut mcm ni.

Ini tak menyentuh lagi program2 IDOLA KECIL atau Bintang Kecil lagi.Terkinjal2 mcm %&@#*@*& atas stage siap mak bapak menangis coz anak kene REJECT.What the SHAME.


Guys , please be aware and take nite about this issue.BUkan nak kutuk tapi inilah realiti zaman FACEBOOK ni.Terlalu byk peracun dan "pil estacy" yg mengkhayalkan kita.Cuba tanya pada diri anda:

Mahukah kita besarkan anak-anak kita akan datang dengan meracunkan minda jernih mereka dengan pil-pil ini ? tepuk dada tanya iman jgn tanya nafsu kerna nafsu x pernah kenal erti kepuasan...wallahualam.^_^.

Cube tengok ni pulak, matlutfi said that ~~~

 amcam?? betol x??


" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Wednesday, November 2, 2011

Bertunang lagi?? zauj?? zaujah?? cuba bace nie...

Assalamualaikum....


Terus kepada tajuk perbincangan di ataslah.Jadi, saya yakin pada hari ni, seringkali kita dengar kawan2 kita ramai yg bertunang kan? yup, ramai betol yg btunang skang.... x lari juga yg muslimah pon yg dipinang atau seringkali kite dgr mereka "di-cop" dulu.Atas dasar baitul muslim....tapi mungkin dalam x sedar kita mungkin x berapa sedar apa yg berlaku atau impak daripada fenomena pertunangan ni.Pertama sekali, jgn salah faham, sy bukan mengutuk atau anti pertunangan ye...^_^..jgn salah faham, nanti kan sesat saya...:-)..okei, di bawah plak ~~~

Baik, sy adalah jugak pengalaman berkawan dengan mcm2 org.Yg lebal, yg alim , yg muslimah , yg free hair , yg berseluar pendek dan mcm2 lagilah.Sy berkawan dgn sume org.Tapi ape yg sy nk tekankan di sini skang, adalah berkaitan dgn status pertunangan dan adab2 sebagai sorang yg da bertunang...


Saya mintak kebenaran utk menegur mereka yg bergelar muslimah "facebook".Saya bold- kan "muslimah facebook". OK, Sekarang terlalu ramai "kami" lihat anda2 yg bergelar muslimah semakin banyak post2 yg berkaitan dengan pertunangan, zauj dan zaujah, lelaki soleh dan wanita solehah dan seumpamanya yg berkaitan dengan fitrah manusia utk berpasangan.YES.Saya bukan menafikan bab munakahat dalam kehidupan.Tetapi persoalan saya, apakah fikiran  dan perkara yg berlegar di fikiran2 muslimah serikandi islam ini ? adakah hanya berkaitan dgn ingin mencari seseorang zauj atau suami yg soleh??  sampaikan kadang2 sy tertanya2....ish "napa ni mereka ni asyik post2 pasal zauj la, tunangla, kisah tu la,kisah nila..".....once again . YES. Itu adalah hak anda utk post apa2 sahaja di wall anda.Tapi apa yg sy khuatirkan adalah ape yg berlaku dalam hati kita secara tidak sedar wahai sahabat seakidah....

mungkin kita tidak sedar:


  1. fikiran sentiasa memikirkan untuk mempunyai pasangan.
  2. bila melarat-larat, mulalah penyakit hati bertandang.
  3. akan timbul perasaan cemburu pada sahabat lain yg sudah bertunang sekaligus membuatkan diri tidak sabar-sabar utk mencari passangan.
  4. terlalu menampakkan kelemahan pada diri kita yg menunjukkan kita ni lemah dalam bab menjaga hati dan perasaan.
  5. khuatir apabila perjuangan islam yg asalnya dilupakan seketika dek kerana fikirkan pasangan.
  6. hati dan perasaan adalah paling sukar dijaga lalu timbul lah pelbagai fitnah dari syaitan.

Sahabat seakidah yg dikasihi.Sy tidak pernah menafikan tentang perjuangan kalian dalam perkara lain.Tetapi apabila terlalu banyak post2 yg berkaitan dgn hal2 yg sy nyatakan di atas,sy terpanggil utk meluahkan apa yg sy rase.Kerana apa yg kite post setiap kali di wall2 FACEBOOK, maka itulah yg kita selalu fikirkan bukan?wallahualam....tepuk dada tanya iman jgn tanya nafsu kerna nafsu x pernah kenal erti kepuasan.



"Rahsiakan pertunangan, dan iklankan (maklumkan) perkahwinan."

(Hadis riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair)

Satu lagi perkara yg saya alami.Kebanyakan meraka yg bertunang ni suka utk hebahkan yg die ni da bertunang dan malangnya mereka yg mengaku bergelar daie dan berimej islamik pon berbuat demikian.Ya, mungkin teguran ini agak keras, tapi bagi mereka yg sudah faham islam itu bagaimana , die patot tahu.

"aku da bertunang, dan aku ni terlibat ngn baitul muslim etc..."

"aku da bertunang, die muslimah atau die sorang ikhwan dari jemah itu dan ini"

Ini di hebahkan sahabat2...kenapa ia berlaku.Perlu ke berbangga dgn status pertunangan??



Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Kerana apa sahabat sekalian?? Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.

Jadi, jika kalian betol2 serius memikirkan tentang munakahat, maka bagi mengelakkan masalah hati dan perasaan singgah dalam diri, cara yg terbaik adalah dengan bernikah.Maka dari itu segala perasaan rindu dan syg kalian boleh singgahkan dalam hati kerana ia halal lagi menghalalkan.Maka, bagi yg memikirkan tentang ini hanya utk sekadar suka - suka dgn kawan2..maka bg sy ia tidak perlu kerana terllau byk lagi hal lain yg perlu kite fikirkan terutamanya dgn masalah akidah dan akhlak umat islam sekarang....

sebagai penutup hayatilah wasiat kata-kata dari Imam Hassan al-banna.

"sesungguhnya aku amat meridui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.." -as-syahid imam hassan al-banna-

Moga semua faham mesej yg cuba saya sampaikan....^_^..wallahualam..maafkan segala salah dan khilaf tutur kata.

Saturday, August 13, 2011

Cinta dalam Islam ~~~ merangkumi ???


Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan. 

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. 

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.
 

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w. 

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.
 

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w. 


Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.


Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa .

Sunday, July 17, 2011

Kajian Hadis Rasullulah Tentang Kiamat: 10 Tanda besar Kiamat

Berikutan kejadian gempa bumi yang seringkali terjadi akhir-akhir ini hati saya terdetik untuk menulis tentang 10 tanda-tanda besar kiamat. Mungkin ada antara pembaca merasakan gegaran kecil baru-baru ini. Adakah ia petanda atau amaran dari Allah? Sama-sama kita hayati dan berfikir.
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”.
Lalu Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim

Saya permudahkan tentang 10 tanda-tanda kiamat besar ini.
1. Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu. (Sudah lama mereka bebas, sila rujuk artikel saya berkenaan kajian Ulama Imran N. Hosein)
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan keluar dari Yaman.

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
( Fussilat 41: 53)





Tuesday, June 28, 2011

Emmm...lelaki pon same jer ... well,check this out !!!

Intro : Benarkah lelaki lebih teruk gosip berbanding wanita?

JIKA dulu, asal ada yang menyebut mulut jahat, pasti label ini menjurus kepada wanita. Persepsi umum sering menganggap, wanita jika duduk berkumpul beramai-ramai, pasti ada saja cerita dikongsi bersama termasuklah apa yang boleh dikategorikan sebagai mengumpat.

Selalunya, perkara yang mengisi topik perbincangan kaum wanita semestinya gosip terkini, berita panas selain mengulas peribadi atau perbuatan orang lain.

Namun, pada zaman sekarang, bukan saja wanita gemar bergosip, malah lelaki juga tidak ketinggalan malah dilabel si mulut jahat. Jangan tidak tahu, lelaki juga suka bercakap mengenai orang lain malah hingga ke peringkat mengata orang. Namun, mungkin cara lelaki bergosip berbeza jika hendak dibandingkan dengan wanita. 

Jika lelaki bergosip, selalunya kata-kata yang dihambur lebih pedas dan menyakitkan hati. Ini kerana lelaki tidak menghiraukan sensitiviti orang lain. Malah, bagi mereka apa yang dikatakan ibarat suatu gurauan atau mungkin menganggap, ia tidak akan memberi apa-apa kesan. 

Secara luaran, lelaki dilihat sentiasa ‘cool’ dan seolah-olah tidak menghiraukan perkara yang terjadi di sekeliling mereka. Tapi jangan disangka di sebalik sifat mereka ini, lelaki kononnya tidak pernah bergosip. 

Jika ditanya kepada lelaki, pasti jawapan yang diberi mereka adalah buang masa bercerita mengenai orang lain atau lebih suka berdiam diri saja. Namun percaya atau tidak, mengikut pakar psikologi, manusia tidak kira lelaki atau wanita punya sifat untuk bergosip dan bercerita mengenai orang lain. 

Cuma cara lelaki bergosip berbeza dengan wanita. Jika wanita selalu bercerita mengenai artis dan juga golongan yang mereka kenal, bagi lelaki, mereka lebih banyak bergosip mengenai politik dan perkara yang berlaku di pejabat. 

Setiap tutur yang dikeluarkan lelaki agak pedas dan sinis. Hampir tidak boleh diterima oleh mereka yang mendengar. Ini kerana lelaki lebih banyak bergosip dalam cara yang agresif ditambah dengan pergerakan badan mereka. 

Namun jangan disalah erti, perkataan sinis dan pedas yang dikeluarkan oleh lelaki tidak semestinya membuatkan mereka dilabelkan sebagai jahat mulut. Sebagai contoh seorang ustaz memberi ceramah, dalam syarahannya itu, pasti terselit kata-kata yang sinis dan pedas. Ini bagaimanapun tidaklah membuatkan ustaz berkenaan dikategorikan sebagai jahat mulut, kerana apa yang disampaikan lebih berbentuk suatu pendekatan dan nasihat. 

Biar apapun, tidak kira lelaki atau wanita, dalam berbicara perlulah menjaga setiap tutur kata - jangan sampai menyakitkan banyak hati. Secara dasarnya, tidak dinafikan ada lelaki bermulut jahat dan wajar dijauhi. Namun, wajarlah difikir kembali faktor yang menyebabkan mereka dilabel mulut jahat mungkin kerana mereka sinis dan agresif. 

Setiap manusia berbeza dan mempunyai sifat berlainan. Ada insan yang nampak baik di luaran, tapi hakikatnya seorang yang kuat bergosip dan begitu juga sebaliknya. Sebagai lelaki perlulah lebih ‘gentleman’ dan janganlah sampai dilabel mulut jahat. Tunjukkan bahawa lelaki lebih bersikap matang dalam pertuturan dan jika ingin bersikap sinis, biarlah demi kebaikan.

Tujuh gosip cara lelaki
1. Duduk di kedai mamak sambil melayan bola sambil bergosip. Selalu golongan muda banyak bergosip mengenai pemain bola kesayangan mereka dan orang sekeliling ketika itu.

2. Bagi golongan pekerja, mereka selalunya banyak bergosip mengenai keadaan pejabat dan ketua mereka. Pasti akan ada saja perkara yang ingin diperkatakan.

3. Bagi pasangan kekasih, percaya atau tidak mengikut kajian pakar psikologi, hampir separuh lelaki akan bergosip mengenai banyak perkara kepada teman wanita mereka. Tidak kurang juga yang mendengar teman wanita bergosip kepada mereka.

4. Lelaki ini jika bergosip selalunya akan membawa kepada pertengkaran. Ini kerana mereka begitu agresif dalam bergosip sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain.

5. Lelaki bermulut jahat sering dikaitkan dengan lelaki lembut. Namun, tidak semua lelaki seumpama itu bermulut jahat atau mempunyai perilaku negatif seperti suka mengumpat atau memburukkan orang lain.

6. Golongan atasan juga ramai yang boleh dikategorikan sebagai kuat bergosip. Selalunya, mereka bercerita mengenai pesaing mereka dan pekerja mereka.

7. Bagi lelaki pertengahan usia, gosip mereka merangkumi pelbagai pekara tidak mengira politik, isu penempatan dan hal-ehwal anak-anak mereka.

Berapa ramai manusia terhumban ke lembah neraka disebabkan kecelakaan lidah-lidah mereka." 
(Hadis riwayat Imam Tarmidzi dan al Hakim) ... wallahualam ....